dan kerana Allah aku mati.
Malas nak buat ayat bunga di-awal ini, hehe. semua post yang aku publish dulu dah di-delete. senang sembang sebab nak buka buku baru. layan perasaan je, bosan doh. ((aku memang rock))
Sepanjang cuti 2 weeks and a few days ni ((bulan 6)), tak banyak aku buat. belajar pon alahai. boleh kira weh. beh-tah-peh malasnya aku. senang faham memang aku tak minat belajar ah, tapi cita-cita ha ngko. veterinar woi hahahaha. aku lebih minat ke arah 'kau pergi sekolah pakai jubah hari-hari, buka kalammullah, ada kuliah and etc cemtu ah'. faham tak ke-minat-an aku ke mana? hesh, tak faham udoh.
Pernah aku minta izin dekat parents, tapi tah lah kenapa tak diberi. mungkin faktor ke-tidak-mampu-an keluarga buat masa ni :/ yuran maahad Al Ummah pon masih tertunggak banyak gila even satu 'beranak' je yang stay sana. ni nak masuk tahfiz. alahai, lagi banyak tunggak weh. nak beli baju dia dah semesti. yuran dia mahal ke. parents ada cakap ((boleh)) tapi tunggu aku habis SPM. masuk yang dekat Kuala Kubu tu.
Bukan senang nak masuk sana dengan ke-tidak-pandai-an aku ni hesh. bukan senang kacang mak lodeh nak kasi orang faham kehendak kita, yedak? husnudzon enon husnudzon.
Dalam cuti 2 minggu ni kan cita-cita aku tunggang terbalik. ha, kau fikir rumah je boleh tunggang melintang meluncur apa bagai. hahahaha. ((tak lawak)) memang cita-cita aku veterinar, tapi bila aku dengar cerita kak Izzah Nasir pasal abang dia ambil engineering. emm emm. aku nak jadi engineer ah! 'hamboi ngko. cita-cita melambung malas menggelembung. pe cer?' argh who care. aku punya angan hahaha.
Then-kan then-kan otak aku macam banyak gila idea nak buat bisnes itu ini. baca majalah yang cover dia gambar Ustaz Don & Family. alah, yang 2013 punya. ((hahahahaha)) baca punya baca, ada entri cara buat rantai handmade. rasa macam dalam kepala otak ni dah melonjak nak buat nak jual nak duit nak asah bakat etc. weh, aku faham aku tak kreatif. tapi tak payah ah gelak macam lawak sangat en -_- kwangja ah. kwangja kwangja *tumbuk dada ngko*
Search google pulak. eceh, macam minat ah nak menjahit. tapi haprak pon tak jadi kalau dah mesin tu kat dalam genggaman. pernahlah jugak nak jadi fashion designer tapi bila pulak aku nak pergi kelas menjahit? siapa pulak nak ajar aku jadi pandai dalam melukis. alahai, setakat lukis pondok tepi pantai tu aku lulus ah. hehe. eh rasanya kaklong aku nak buka butik jugak kot. ecewah macam dah confirm. dia pon baru nak belajar tapi belum lagi start. :D
Ha, aku taknak jahit baju. aku nak jahit tudung! nak jual tudung halfmoon labuh weh. katanya -_- aku tengok cara nak buatnya nampak senang. cuba kau search google, senangkan? sambil ber-bisnes kita berdakwah. yedak? insyaAllah. doa-doa le dipermudahkan urusan aku. hehe. amin ya rabbal alamin. ;) nanti aku jual harga berpatutan. cadang nak jual masa cuti sekolah nanti. buat masa sekarang, kumpul modal dulu. biasalah, orang takda kerja tetap. hehe.
Tengok rancangan Cake Boss pon boleh tercetus banyak idea weh. hehe. rindu nak bercerita panjang cemni. emm even no-one baca, tapi bila aku baca, aku rasa macam. wow! hahaha. got to go weh. assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.