Istighfarku
Adlina
sedang menunggu ibunya di perhentian bas berdekatan sekolahnya sambil membaca
buku terbitan Thinker's Library. Selang beberapa minit setelah lama
menunggu, sebuah kereta Perodua melucur laju ke arah perhentian itu. Adlina
segera masuk ke dalam perut kereta dan mengucup tangan ibunya seperti biasa.
"Macam mana sekolah? Ada pengumuman tentang PT3?" tanya Puan Faridah kepada anak
bongsunya.
"Ada.
Tapi cikgu tak tahu formatnya macam mana lagi. Macam susah je mak." rungut
Adlina.
"InsyaAllah,
kalau ada usaha kita, tiada yang susah. Ingat, niat keranaNya." sambil
tersenyum memberi kata semangat kepada anaknya.
**
Tiba
di sekolah, Adlina segera duduk di tapak perhimpunan dan mencari buku di dalam
beg sekolahnya yang berwarna biru untuk mengulangkaji sementara menunggu
perhimpunan bermula. Sedang dia leka menyelesaikan soalan Matematik, seorang
pelajar dari arah tanpa diketahui melanggarnya dengan kuat. Dia mengaduh
kesakitan tanpa menghiraukan pelajar yang tersungkur tidak jauh darinya.
Hannan
bangun dari sungkuran dek kerana dilanggar sekumpulan pelajar yang sedang
berlari dan lantas memohon maaf kepada orang yang dilanggarnya tanpa sengaja.
Mata bertaut antara mereka. Lantas mereka menundukkan wajah dan istighfar di
hati. Hannan memohon maaf buat sekian kali dan lantas pergi bagai ternampak hantu.
"Astaghfirullahalazim.
Astaghfirullahalazim. Ya Allah, jauhkan aku dari maksiat dunia." ucap
Hannan dan Adlina di dalam hati.
Perhimpunan
pagi bermula. Pelajar segera berbaris di barisan kelas masing-masing.
**
"Kring!
Kring!" loceng berdering menandakan rehat buat pelajar menengah bawah
telah bermula.
Adlina
berjalan menuju ke pusat sumber sekolah bersama rakannya, Syafa, untuk
menjalankan tanggungjawabnya sekaligus memulangkan buku yang telah dipinjam
tempoh hari. Sedang Adlina mengemaskini data buku di kaunter, seorang pelajar
berdiri di hadapan kaunter pulangan buku.
Tanpa
mengangkat muka, Adlina segera mencapai buku rekod lalu mengarahnya menandatangani
pada ruang yang disediakan.
"Jika
saya mahu pinjam buku rujukan di dalam rak itu boleh?" tanya pelajar
tersebut setelah selesai menandatangani sambil jari telunjuknya sudah terarah pada rak itu.
Tanpa berlengah, Adlina lantas menjawab.
"Oh,
buku rujukan itu tidak boleh dipinjam tetapi hanya boleh dibaca di
dalam.." kata-kata Adlina mati setelah melihat pelajar di hadapannya itu
ialah pelajar yang melanggarnya pagi tadi. Dia segera menundukkan wajah.
"Ya?
Dalam kawasan mana?" soal Hannan inginkan kepastian.
"Hanya
dibenarkan membacanya di dalam pusat sumber sahaja." tutur Adlina yang
menyedari dia telah jatuh suka pada ciptaan Tuhannya. Lantas dia beristighfar.
**
Selepas
tamat perhimpunan, Adlina beratur sebelum keluar barisan. Dia menuju ke kelas
dengan tenang sambil berselawat ke atas nabi Muhammad.
Tibanya
Adlina di tempat duduk, dia terperasankan Syafa yang duduk bersebelahan
dengannya kelihatan sedih.
"Syafa,
awak okay? Saya lihat awak seperti dalam kesedihan. Jika ya, kongsilah kepada
saya. InsyaAllah, jika saya mampu memberi pertolongan, akan saya beri."
resah Adlina sambil mengusap bahu Syafa.
"Saya
ada masalah, Adlina. Saya sedih sangat." air mata Syafa melucur laju dan
mendakap erat tubuh Adlina.
"Jangan
begini. Allah suka tau orang yang bersabar. Sabar melaksanakan perintahNya,
sabar meninggalkan larangaNya dan sabar ketika mendapat bencana. Sebab itu,
syurga Allah untuk orang yang bersabar. Awak tidak mahu disukai dan disayangi
Allah?" terang Adlina sambil tersenyum bagi menenangkan sahabatnya itu.
"Emm.
Saya mahu. Baiklah, saya harus sabar! Terima kasih Adlina. Awaklah sahabat
dunia akhirat saya." dengan segera Syafa mengelap air mata dan mendakap
erat tubuh Adlina dengan senyuman di bibir begitu juga Adlina.
**
"Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh." Hannan selesai solat
maghribnya. Dia berwirik sebelum menadah tangan memohon.
"Ya
Allah, sekiranya dia Adlina ditakdirkan untukku, dan aku ditakdirkan untuknya,
maka peliharalah kami dalam batas-batas syariat, sekiranya dia Adlina tidak
ditakdirkan untukku dan aku tidak ditakdirkan untuknya, maka jauhilah diriku
daripada memikirkannya dan jauhilah dia daripada memikirkanku. Amin ya rabbal
alamin." adu Hannan kepada Yang Maha Esa setelah mendoakan kedua ibu bapanya.
Dia
segera mencapai Al-Quran seperti selalu. Selesai membaca Al-Fatihah, lantas dia
membuka dan meneruskan bacaannya.
**
Adlina
ternampak kelibat Hannan di dalam pusat sumber. Dia tunjuk lagak biasa. Dalam
masa yang sama dia memohon kepada Rabbi Yang Maha Mendengar.
"Ya
Rabbi, kau peliharalah aku daripada maksiat dunia. Aku ingin terangi kalam
fitrah. Izinkan aku terus mengenal diri-Mu. Biarlah ia terpendam dalam doa yang
tersembunyi. Sampai satu masa nanti pasti Engkau akan tunjuk siapa yang lebih
layak untuk aku. Amin."
Dia
meneruskan tanggungjawabnya walaupun sangat berat. Alhamdulillah, Allah
mempermudahkan urusan Adlina.
**
Kini
Hannan menjadi seorang juruterbang yang berjaya dan sekaligus bekerja sebagai
ustaz di Pondok TuanGuru Haji Salleh Musa di Kedah.
Manakala
Adlina membangunkan rumah anak-anak yatim, Allahuakbar House dan mempunyai
klinik sendiri.
Mereka
menjadi pelajar terbaik di dalam PT3 dan SPM di sekolah Maahad Al Ummah.
Masing-masing melanjutkan pelajaran hingga berjaya seperti kini. Walaupun tidak
bertemu muka, namun mereka tidak pernah berputus doa kepada Allah s.w.t.
**
Sedang
Adlina mencari kunci kereta miliknya di dalam beg tangan ketika berjalan di
dalam Masjid Putrajaya, dia dilanggar oleh seorang lelaki tanpa sengaja.
Matanya tertatap pada mata yang pernah ditatapnya dulu. Lantas tubir matanya
berair dan cepat disekanya sebelum disedari oleh sesiapa.
Hannan
memohon maaf berkali-kali sebelum memandang mangsanya itu.
"Cik.
Cik. Maafkan saya. Saya terburu-bu.." kata-kata Hannan mati disitu. Dia terpandangkan
wajah perempuan yang amat dikenalinya itu. Dia lantas tersenyum syukur atas
aturan Allah.
Masing-masing
menundukkan wajah.
**
"Aku
terima nikahnya Adlina....." terikat sudah hubungan mereka dengan tentuan
Allah. Ada jodoh pasti tidak kemana.
Hannan
menyarungkan cincin di jari manis Adlina. Lantas Adlina menyalami suaminya yang
tercinta dan Hannan mengucup dahi isterinya yang diimpikannya itu. Mengalir
deras air mata Adlina saat indah itu dan mengucap syukur kepada Illahi.
Tamat